7 langkah segera dilaksana kurangkan beban guru

2023-02-19     甘祥韻     反饋
2/3
「Pelantikan itu terbuka untuk pesara kerajaan, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pendidikan Tinggi (IPT), namun ia perlu memenuhi kriteria ditetapkan.

「Selain itu, kami juga akan mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang melibatkan guru kepada setahun sekali sahaja,」 katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, bermula sesi persekolahan baharu juga, waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid ditetapkan pada masa lebih fleksibel iaitu 12 tengah hari untuk sesi pagi dan 5 petang untuk sesi petang bagi mengelakkan kesesakan dalam sistem.

Fadhlina berkata, KPM turut mengehadkan penganjuran sambutan Hari Guru Tahunan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja.

Menurutnya lagi, pihaknya turut menetapkan ringkasan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di peringkat KPM bagi memastikan ia kembali memenuhi keperluan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.3/1999, yang merangkumi elemen objektif, pengajaran dan refleksi.

「Kami juga akan memperkukuh autonomi guru dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pentaksiran bilik darjah (PBD) dengan menjadikan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai rujukan,」 katanya.